Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Adly Zahari Angkat Sumpah...

MELAKA - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari hari ini...

KTMB Sasar 250,000 Pengguna...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan 250,000 pengguna tren menjelang...

DBKL Batal 10 Projek...

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membatalkan 10 projek bernilai...

El Hadji Diouf Tiba...

KOTA KINABALU - Bekas pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang...

Penjenamaan Tingkat Nilai Kebaya Golongan Muda

KUALA LUMPUR – Pertandingan Miss Malaysia Kebaya (MMK) membuka peluang kepada penjenamaan semula pakaian tradisi kebaya selain mempromosikan budaya tempatan dan negara sebagai destinasi pelancongan di mata dunia.

Pengasas dan penganjurnya Jason Hee berkata ia menjadi platform penting untuk mendidik golongan muda supaya tidak melupakan busana tradisional ini yang menjadi lambang warisan budaya tempatan.

“Semua orang tahu kebaya, tapi bagi generasi muda… tak ramai memakainya. Jadi ia menjadi misi dan visi kita untuk mendidik generasi muda, khususnya Gen Y mengenai kebaya,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan bersama peserta MMK di Wisma Bernama, hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk meningkatkan dan menambah nilai busana ​​​​​​​berkenaan di peringkat antarabangsa​​​​​​​​​​​​​​ melalui ikon MMK yang mampu menarik lebih ramai wanita untuk menggayakannya.

Sementara itu, Nor Natasha Suhaira Suhaimi, 24, yang merupakan pemenang MMK 2017/2018 berkata keluarganya menitikberatkan legasi turun temurun dan minatnya yang mendalam terhadap busana kebaya membuatkan beliau mengambil keputusan mencuba nasib melalui pertandingan MMK.

“Saya memang berminat dengan kebaya, saya pakai hari-hari. Jadi pentingnya kita ada foundation MMK ini, bergerak serentak untuk menyuburkan minat dalam kalangan ramai tentang kepentingan kebaya dan meneruskan legasi kebaya ini,” katanya.


Dalam kunjungan itu, peserta MKK berpeluang melawat Jabatan Pengarang, Bernama News Channel (BNC) serta Bernama Radio, dan mereka turut diiringi Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) Datuk Mokhtar ​​​​​​​​​​​​​​Hussain dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) Ahmad Fuad Yahya.

Sementara itu, Azman berkata media juga perlu aktif memainkan peranan untuk mempromosikan busana kebaya yang mempunyai ciri-ciri kesenian dan sejarah yang unik.

Seramai 30 peserta akan bertanding merebut gelaran ‘Miss, Mrs Malaysia Kebaya and Petite Kebaya Queen 2018/19’ yang akan berlangsung pada 15 Dis ini. – BERNAMA

Kategori