Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sanggup Berhabis Demi Miliki...

KUALA LUMPUR - Hanya kerana minat, pengumpul tegar koleksi mainan lama, Muhamad Faiq...

Liverpool Layak Ke Liga...

LIVERPOOL menyempurnakan tugasan menundukkan Hoffenheim di Anfield pada malam Rabu bagi membuka laluan...

Elly Mazlein Mahu Tarik...

SHAH ALAM - Penyanyi Elly Mazlein memberitahu meluahkan hasrat untuk menarik diri sebelum...

Mahasiswa Digesa Pergiatkan Aktiviti...

BANDUNG - Golongan mahasiswa digesa untuk mempergiatkan aktiviti yang melibatkan rakan-rakan negara ASEAN...

Penjenayah Rempuh Anggota Polis Diberkas

TAIPING – Dua penjenayah yang merempuh motosikal anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menerima padah apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di sini, malam tadi.

Seorang penjenayah terbabit parah dan ditahan polis di lokasi selepas pengsan dan tersepit di bahagian kerusi penumpang hadapan kereta Toyota Corolla, manakala rakannya yang juga pemandu kereta berkenaan, meloloskan diri tetapi berjaya diberkas kemudian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, berkata terdahulu tiga anggota URB yang menjalankan tugasan rondaan cegah jenayah (RCJ) terserempak dengan suspek yang menaiki kereta itu dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan di Lorong 48 Taman Kaya, di sini, pada jam 7.30 malam.

Katanya, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak mengundurkan kenderaan secara bahaya dan merempuh seorang anggota URB sehingga terjatuh bersama motosikalnya.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan memecut kenderaan menghala ke Jalan Air Kuning dan turut bertindak menghimpit anggota URB yang mengejarnya.

“Apabila di Jalan Kuala Kangsar, kenderaan suspek gagal dikesan namun anggota terus mengikuti arah laluan suspek melarikan diri hingga menemui kenderaan itu terbabas di depan sebuah kedai.

“Kenderaan suspek remuk teruk di bahagian kiri hadapan akibat berlanggar dengan sebuah treler dan sebuah kereta Proton Wira berhampiran lampu isyarat Changkat Ibol.

“Pemeriksaan anggota kami mendapati seorang suspek berusia 27 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan pengsan dan tersepit manakala rakannya berusia 29 tahun yang memandu kereta itu sudah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, suspek yang parah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Taiping (HT) untuk tindakan lanjut.


Katanya, pihaknya menemui dadah jenis heroin seberat 0.5 gram pada tubuh badan mangsa dan turut merampas beg galas hijau yang digunakan.

“Dalam beg itu pihak polis menemui satu topeng ski berwarna hitam, buku lima, batang besi T yang diubah suai dipercayai alat untuk mencuri motosikal dan pecah rumah.

“Pemeriksaan ruang dalaman kenderaan pula menemui sebilah parang panjang pada bahagian bawah tempat duduk pemandu,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu polis menjalankan gerakan mencari seorang lagi suspek yang melarikan diri sebelum mengesan dan memberkasnya di Kampung Kubu, Bukit Gantang, dekat sini, pada jam 1 pagi tadi.

Katanya, kedua-dua suspek yang ditahan masing-masing mempunyai tiga rekod lampau kes dadah dan turut dikehendaki pihak polis.

“Polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek merancang untuk melakukan jenayah ketika dihampiri polis,” katanya. – BH ONLINE

Kategori