Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Terima Komen Ugutan Rogol,...

ISTERI pelakon Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle menganggap komen berbaur ugutan rogol...

MIMA Jadi Pusat Kecemerlangan...

JAKARTA - Malaysia menawarkan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dijadikan sebagai pusat kecemerlangan bagi...

“Tiada Isu Boleh Gugat...

RANTAU - Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap tidak ada sebarang cabaran yang perlu...

Video: Bila KFC Tersilap...

PELANGGAN sebuah premis KFC di luar negara terpinga-pinga apabila kaca TV di restoran...

IPCMC Tingkat Profesionalisme Polis

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yakin penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) mampu meningkatkan tahap profesionalisme di samping mengukuhkan lagi aspek kebajikan, kemajuan serta hak warga pasukan keselamatan itu.

Beliau berkata rang undang-undang (RUU) berkaitan penubuhan suruhanjaya berkenaan dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

“Draf sedang rancak dilaksanakan (digubal)…pada masa sama kita juga kemukakan cadangan tertentu bagi memastikan kebajikan dan hak anggota polis di semua peringkat tidak terjejas dengan penubuhan IPCMC.

“Kita juga ada buat tuntutan untuk diberi pertimbangan supaya terdapat wakil polis dalam suruhanjaya berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Forum IPCMC: Ke Arah Perkhidmatan Kepolisan Yang Cemerlang’ di sini hari ini.

IPCMC adalah sebuah badan bebas yang bakal menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan berperanan menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

Terdahulu, Mohamad Fuzi dalam ucapannya menegaskan IPCMC tidak akan mengambil alih atau mengatasi peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya akan saling melengkapi antara satu sama lain.


“Sebagai badan pengawasan bebas dan fungsinya terikat dengan terma “salah laku” warga polis, IPCMC tidak akan menjejaskan peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) ke arah memperkasakan lagi institusi keramat ini,” katanya.

Forum itu dianjurkan Mahasiswa Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Universiti Kebangsaan Malaysia 2017/2019. – BERNAMA

Kategori