Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

4 Negeri Ditukar Kepada...

KUALA LUMPUR - Status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor...

Serpihan Dipercayai MH370, Tiada...

PUTRAJAYA - Tiada pengesahan diterima daripada Indonesia tentang kemungkinan serpihan pesawat MH370 ditemui...

Suami Kesan Kecurangan Isteri...

SEORANG suami di Amerika Syarikat (AS) yang mengesyaki isterinya berlaku curang, berjaya 'menangkap’...

Kemeriahan Sambutan Thaipusam Pikat...

KUALA LUMPUR - Kemeriahan persediaan sambutan Thaipusam yang akan berlangsung Selasa ini bukan...

Penunggang Maut Dalam Kemalangan Maut Di Seremban

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Produa Viva dan Peugeot di KM262.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi itu mangsa seorang wanita berumur 24 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya manakala pemandu kedua-dua buah kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah ACP Thiew Hock Poh yang mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati kereta Produa Viva yang dipandu seorang lelaki dari Tangkak, Johor ingin menuju ke Puchong, Selangor telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar sebatang tiang lampu menyebabkan tiang lampu berkenaan tumbang di tengah lebuh raya berkenaan.

“Kemalangan tersebut telah menyebabkan penunggang motosikal itu hilang kawalan ekoran gagal mengelak tiang lampu yang melintang di tengah lebuh raya berkenaan sebelum mangsa dilanggar di lorong tengah lebuh raya oleh sebuah kenderaan (Peugeot) yang datang dari arah belakang yang juga gagal mengelak.

“Penunggang motosikal berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepala” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Thiew yang enggan mendedahkan identiti mangsa berkata mayat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mengikut twitter Plus, kemalangan itu menyebabkan aliran trafik pelahan sehingga tiga kilometer sebelum lokasi kejadian kemalangan. – BERNAMA

Kategori