Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Guna Anjing Pengesan Jejak...

GERIK - Pasukan Bomba dan Penyelamat Gerik akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9...

Lucu! Nama Minuman Paling...

AYAM golek, nasi kerabu, murtabak, lauk pauk dan kuih muih tradisional, semuanya ada...

Blogger Cun Dedah Rahsia...

KEDENGARAN agak jijik dan meloyakan namun tidak bagi wanita yang dikenali sebagai Tracy...

Penduduk Jinjang Selatan Tambahan...

KUALA LUMPUR - Lebih 400 keluarga yang menghuni kawasan perumahan Jinjang Selatan Tambahan...

Penunggang Motosikal Maut Di Subang

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan lain di Kilometer 34.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Shah Alam (Kesas) dari Subang Jaya menghala ke Shah Alam, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 19 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa terjatuh selepas merempuh sebuah kenderaan yang masih belum dapat dipastikan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengetahui punca kemalangan dan kita minta saksi yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Polis USJ8 untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Kategori