Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jemaah Haji Kembali Ke...

MAKKAH - Jemaah haji Malaysia kembali semula ke Makkah pada Selasa secara berperingkat...

Keluarga Nora Anne Ucap...

SEREMBAN - Keluarga gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 menzahirkan ucapan terima kasih...

Wajib Taska Di Tempat...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mungkin mewajibkan majikan sektor...

Budak Dirogol, Dikubur Hidup-Hidup...

LAGI kisah pembunuhan sadis dan menyayat hati dari negara seberang, Indonesia.Kali ini menimpa...

Penyokong Kerajaan Cadang Sidang DUN 3 Kali Setahun

GEORGE TOWN – Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diadakan tiga kali setahun berbanding dua sekarang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun Goh Choon Aik berkata ini bagi memberi lebih banyak ruang kepada wakil rakyat mengkaji semula pindaan dan penambahbaikan enakmen yang diusulkan selain tempoh lebih panjang untuk sesi soal jawab lisan dan bertulis.

“Kita ada 365 hari (setahun) tetapi sidang DUN hanya diadakan 12 hari sahaja iaitu hanya dua kali setiap penggal, Jadi saya mencadangkan pada masa akan datang sidang ini ditambah kepada tiga kali,” katanya pada persidangan DUN hari ini.

Ketika menjawab isu itu, Ketua Menteri Chow Kon Yew berkata perkara tersebut boleh ditimbangkan jika didapati mampu membantu mengetengahkan masalah rakyat dengan lebih kerap.

“Sidang DUN memang dijalankan tiga kali setahun ketika tahun-tahun 1990-an. Kita boleh timbangkan,” katanya. –BERNAMA

Kategori