Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cedera Ditembak Di Pusat...

Seremban - Seorang lelaki berusia 42 tahun cedera di dahi, telinga dan kepala...

Speaker Tolak Usul Insiden...

KUALA LUMPUR – Usul tergempar yang dikemukakan oleh anggota Parlimen untuk membahaskan di...

Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat...

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah selepas terjatuh...

Warga Pendidik Dinasihati Tidak...

KUALA LUMPUR - Golongan pendidik di negara ini dinasihatkan agar tidak terlalu mengejar...

Perak Berhasrat Terapkan Ajaran Al-Quran Di Dalam Pentadbiran

IPOH – Kerajaan negeri Perak berhasrat menerapkan ajaran Al-Quran di dalam pentadbiran kerana ia bukan sahaja dapat membawa kebaikan kepada pengurusan pentadbiran malah seluruh rakyat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Banyak perkara yang dapat kita belajar hari ini, contohnya dari surah Al-Balad yang mengajar mengenai pengurusan ekonomi, melindungi anak yatim dan mengurus masyarakat …jika daripada satu surah pun kita boleh bawa banyak kebaikan, bayangkan kalau terapkan seluruh Al-Quran.

“Saya harap hasil daripada program hari ini dapat kita bermuhasabah dan baiki diri dalam apa jua urusan kerja dan InsyaAllah kita dapat salurkan kepada orang lain agar dapat diikuti dalam kerja seharian,” katanya.​​​​​​

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Legasi ‘#Saving Legacy’ peringkat negeri di kediaman lama Menteri Besar di sini hari ini.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Sekretariat Rumah Ngaji Perak dengan kerjasama kerajaan negeri itu bertujuan mengangkat sinergi pentadbiran negeri yang berlandaskan Al-Quran.


Dalam pada itu, Pengerusi Media Karangkraf dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata Perak dipilih sebagai negeri pertama menjayakan program tersebut.

“Program hari ini melibatkan menteri besar dan ketua-ketua jabatan dan jika ia disalurkan ke pihak bawah, saya percaya ia akan lebih efektif dan seterusnya diikuti oleh negeri lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori