Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lepas Selesai Solat, Baru...

DI mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Pelantun lagu Mermaid, Yunalis Zarai atau...

USM Nafi Tertuduh Kes...

KUALA LUMPUR - Universiti Sains Malaysia (USM) kesal dengan laporan beberapa akhbar mengenai...

Tangguh Projek ECRL, Bukti...

KUANTAN – Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggantung sementara projek Landasan Rel Pantai...

Syarat ‘Unik’ Arab Saudi...

Semua sedia tahu, Arab Saudi melalui undang-undang yang digariskan sejak dahulu telah melarang...

Perancang Keganasan Di Australia Dijel

SYDNEY – Seorang daripada lelaki yang disyaki menjadi dalang serangan pengganas pada 2015, yang menyaksikan seorang remaja radikal bunuh seorang akauntan polis New South Wales (NSW), akan ringkuk dalam penjara sekurang-kurangnya selama 28 tahun setengah daripada hukuman 38 tahun yang dijatuhkan ke atasnya

Milad Atai telah dihukum pada Jumaat kerana membantu dan menggalakkan Farhad Jabar, yang ketika itu berusia 15 tahun, menembak mati Curtis Cheng di luar sebuah balai polis di Sydney selain membantu kakak Jabar melakukan perjalanan ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Daesh.

Menurut agensi berita China Xinhua, Hakim Mahkamah Agung NSW Peter Johnson berkata meskipun Atai tidak secara peribadi membekalkan senjata api terbabit kepada Jabar, tertuduh menyedari sepenuhnya rancangan itu dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikannya.

Lelaki berusia 22 tahun itu masih dianggap sebagai seorang penyokong Daesh dan baru-baru ini, menarik balik permohonan maaf yang dibuatnya sebelum ini kepada keluarga mangsa dan menyatakan bahawa dia kini “tidak menyesal” atas kematian mangsa yang merupakan seorang bapa dan suami.

Atai enggan berdiri ketika dia dijatuhi hukuman dan Johnson menyifatkan perilaku tertuduh itu sebagai satu lagi bukti lanjut berhubung sikapnya yang tidak menyesal atas perbuatannya dan komitmen terhadap kepercayaan ekstremisnya.


Ketika dia dibawa keluar dari mahkamah, Atai telah menuding jari ke arah hakim itu dan menjerit dalam bahasa asing. – BERNAMA

Kategori