Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kantoi Pakai Seluar Pendek...

JIKA sebelum ini profesor British, Profesor Robert Kelly diganggu anaknya ketika sedang ditemuramah...

Mampukah Malaysia Capai Dasar...

SETIAP hari dalam kehidupan ini kita menggunakan tenaga. Kita guna mesin basuh, menonton...

Ratusan Jaket Kalis Peluru...

NEW YORK – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di New York menyatakan bahawa...

Awal Sah Pengacara Mentor,...

SELAIN bertanggungjawab menghoskan program Melodi pada setiap tengahari Ahad, Awal Ashaari kini menggalas...

Peraturan Baru Cermin Gelap Akan Diperkenal

KUALA LUMPUR – Peraturan baru mengenai cermin gelap akan diperkenalkan tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Saya akan mengumumkan polisi baharu itu selepas membawa pindaan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) ke Parlimen akhir bulan ini,” katanya selepas melancarkan Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 18) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Khamis.

Garis panduan mengenai cermin gelap pada kenderaan diubah beberapa kali sebelum ini semasa di bawah pentadbiran kerajaan lama.

Peraturan sedia ada yang diguna pakai ketika ini adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Februari 2016) iaitu cermin depan 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

Loke juga berkata cadangan mengenai nombor plat elektronik turut dipertimbangkan.


Namun, beliau berkata kementerian perlu mengambil kira pelbagai industri dan perniagaan yang terlibat.

“Tetapi sepanjang penguatkuasaan itu, saya memang memberi pesanan yang jelas dan tegas kepada JPJ mengenai semua peraturan baharu,” katanya. – mStar Online

Kategori