Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cerita Sebenar Kisah Ibu...

10 November lalu kami ada siarkan artikel berkenaan seorang ibu yang terkorban ketika...

BJP Pilih Pemimpin Dalit...

NEW DELHI - Parti Bharatiya Janata (BJP) memilih pemimpin Dalit berusia 71 tahun...

Perlis Sedia Tawar Tempat...

KANGAR - Perlis bersedia dan berbesar hati jika diberi peluang berkongsi kemahiran serta...

Nahas Duke: Tunang Faizznur...

TUNANG kepada adik bongsu mangsa nahas Lebuhraya Duke, Nur Amirah Syuhaida, 22, berkata...

Pergaduhan Di Ipoh Tiada Kaitan Unsur Perkauman

IPOH – Polis menafikan rakaman video yang tular di laman sosial berhubung pergaduhan antara sekumpulan lelaki di sebuah pusat makanan di Bandar Baru Medan di sini, awal pagi Sabtu lalu, bukan membabitkan pergaduhan antara kaum atau anggota kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Razarudin Husain, berkata hasil siasatan awal mendapati pergaduhan antara sekumpulan lelaki itu, yang merupakan kenalan, berpunca daripada perselisihan faham berkaitan hutang.

Beliau berkata pihaknya berjaya menahan lapan lelaki berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan yang berlaku jam 2.50 pagi itu.

“Polis menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu lepas bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – BERNAMA

Kategori