Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Argentina Sahkan Kes Pertama...

BUENOS AIRES : Argentina mengesahkan kes pertama cacar monyet di Amerika Latin membabitkan...

Hospital Taiping Perlu Lebih...

TAIPING - Unit Tabung Darah Hospital Taiping merayu kerjasama orang ramai untuk menderma...

Remaja Kritikal Selepas Terjatuh...

SEORANG remaja terjatuh dari jambatan di Trafford Centre, Manchester. Polis dikejarkan ke pusat membeli-belah...

Pasangan Lakukan Seks Tepi...

TANPA rasa malu, pasangan ini melakukan seks di tingkap meskipun mereka menyedari perbuatan...

Perintah Berkurung Di ESSZone Lanjut 12 Disember

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan hingga 12 Dis berkuat kuasa mulai hari ini dari pukul 6 petang hingga 6 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran dan mereka yang tinggal di kawasan itu diminta berada di dalam rumah dalam tempoh tersebut.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.

Ia juga adalah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan ESSZone, katanya.

“Perintah berkurung akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka,” katanya.


Omar berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – BERNAMA

Kategori