Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bunuh Abang: Adik, Teman...

TAIPING - Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya ditahan reman enam hari bagi...

TFC 1 Intai Peluang...

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk...

AS Pulangkan AS$300 Juta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sebanyak AS$300 juta daripada dana...

Bau Kentut Busuk Baik...

LONDON - Dalam satu kajian, pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tidak...

Perkasa Penggunaan Tulisan Jawi – Tengku Abdullah

PEKAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah mahu penggunaan tulisan jawi diperkasakan di negeri ini bagi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.

Baginda bertitah selain di papan tanda jalan dan bangunan, penggunaan tulisan jawi boleh dilaksanakan pada papan tanda pejabat, agensi kerajaan dan semua pejabat pendidikan di Pahang.

“Tulisan jawi juga perlu terus diajar di sekolah sehingga ke peringkat universiti dan diadakan juga pertandingan menulis jawi, yang akan meningkatkan minat pelajar.

“Hasrat saya mahu tulisan jawi diperkasakan dan dibudayakan supaya tidak hilang begitu sahaja kerana ia menunjukkan identiti kita yang seharusnya dibanggakan,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa merasmikan Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Penggunaan tulisan jawi, titah baginda tidak seharusnya menimbulkan polemik atau menjadi isu berbangkit kerana tulisan itu hanya melambangkan identiti orang Melayu dan Islam.

“Penggunaan tulisan jawi akan dilaksanakan tanpa menindas identiti bangsa lain dan tiada tempoh masa untuk melaksanakannya…asalkan ia terlaksana dengan sempurna di seluruh Pahang,” titah baginda.


Tengku Abdullah pada titahnya juga menzahirkan ucapan taniah kepada Majlis Daerah Pekan (MDP) yang telah mengambil inisiatif memperkasakan tulisan jawi dengan mengeluarkan pekeliling kepada premis perniagaan untuk menambah tulisan jawi pada papan tanda mereka.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya daerah Pekan juga telah menggantikan papan tanda jalan utama di daerah itu bagi memasukkan tulisan jawi.

Pekan juga adalah daerah perintis program memartabatkan tulisan jawi kerana penggunaan tulisan jawi oleh MDP pada papan tanda perumahan dan jalan di kawasan perumahan sejak tahun 2005. – BERNAMA

Kategori