Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jackie Chan Tawar RM587,709...

KUALA LUMPUR - Bintang filem seni mempertahankan diri, Jackie Chan menawarkan sejuta renminbi...

Lama ‘Diam Diri’, Betul...

SUDAH lama rasanya kita tidak mendengar khabar mengenai aktor kacak, Shukri Yahaya yang...

Pergerakan Bekas Tahanan Militan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui pergerakan dan memantau rapi aktiviti...

Pensijilan Sawit Mampan Malaysia...

KUALA LUMPUR: Beberapa negara Barat dilihat masih kekal memainkan propaganda anti sawit walaupun...

PERKESO Bayar Pampasan Mangsa Nahas Batu Pahat

BATU PAHAT – Waris kepada mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku pada Rabu minggu lepas, Allahyarham Muhamad Yahood, 48, menerima bayaran pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Terdahulu, mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Parit Lintang-Parit Ya’ani, yang mana kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam parit, sebelum berjaya diselamatkan oleh seorang guru yang dikenali sebagai ‘Cikgu Kamarul’ yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran, manakala tiga anaknya yang turut berada dalam kereta yang sama, terselamat.

Timbalan Pengurus PERKESO Cawangan Batu Pahat Mohd Saifuddin Mohd Nor berkata melalui siasatan yang dilakukan oleh pihaknya menerusi Skuad PERKESO Prihatin, waris mangsa layak untuk menerima dua jenis pampasan iaitu Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT).

“Waris mangsa layak menerima pampasan ini kerana ketika kemalangan mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kedai makan, di Jalan Yong Peng,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa di Kampung Sri Bengkal, hari ini.


Menurut Mohd Saifuddin lagi, bayaran FPM berkenaan sebanyak RM2,000 itu telah disampaikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Ya’ani Aminolhuda Hassan manakala bayaran untuk FOT akan dibuat pada 1 Disember nanti.

Katanya, untuk bayaran FOT ini akan dibayar seumur hidup kepada isteri mangsa, Shazira Ismail, 33 manakala untuk anak, bayaran akan dilakukan sehingga umur anaknya mencapai 21 tahun atau berkahwin atau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama.

“Bagi orang ramai yang mempunyai persoalan berkaitan sebarang tuntutan berkaitan dengan PERKESO ini, mereka boleh berhubung dengan kami, di mana kami mempunyai Skuad PERKESO Prihatin yang ditubuhkan pada September 2015 untuk menguruskannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori