LABUAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Labuan akan meningkatkan penguatkuasaan dengan lebih ketat menerusi operasi ke setiap premis perniagaan bagi memeriksa majikan yang gagal mendaftar dan membayar sumbangan Perkeso kepada pekerja.
Pengurusnya, Soripin Ripol berkata, operasi itu bagi memastikan para majikan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1960 dan Peraturan (Umum) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Beliau berkata, sejumlah majikan telah didenda dan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 95A, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
“Operasi itu akan diteruskan kerana kami yakin masih terdapat majikan yang tidak mendaftar dengan Perkeso dan membuat sumbangan bagi pekerja mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan faedah Perkeso kepada enam penerima sempena Hari PERKESO dengan Pemimpin Komuniti di pejabatnya hari ini.
Bercakap pada majlis penyerahan itu, Ketua Penyelaras Parti Warisan Labuan, Sabah ,Salim Abdul Rahman berkata, sehingga kini, kira-kira 3,600 majikan telah mendaftar dengan Peerkeso Labuan.
Beliau berkata, ia menjadi tanggungjaweab para majikan untuk mendaftar dengan Perkeso dan menyuumbang setiap bulan untuk pekerja agar mereka dan keluarga boleh membuat tuntutan untuk sumbangan sekiranya berlaku kemalangan atau kematian.
“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa Perkeso tampil dengan dua skim perlindungan iaitu Skim Hilang Upaya dan Skim Kecederaan Pekerjaan yang akan memberi jaminan kepada pekerja bagi kebajikan sosial mereka,” kata Salim.
Beliau berkata, Perkeso juga telah meluaskan perlindungan keselamatan sosial dengan pengenalan Skim Sekuriti Sosial bagi yang bekerja sendiri dan Sistem Insurans Pekerjaan.
Salim berkata, Perkeso secara konsisten memperbaiki skim perlindungan sosial menerusi penyelarasan bagi bayaran kadar faedah bersandar kepada indeks ekonomi semasa, dialisis kemudahan, program kembali bekerja dan program skrin kesihatan. – BERNAMA