Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

MIC Akan Pastikan Calonnya...

KUALA LUMPUR - MIC akan memastikan calonnya bagi PRU14 menepati ciri-ciri yang dikehendaki...

Bila Neelofa Dalam Mood...

ISU berkaitan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa sedang hangat diperkatakan saat ini selepas...

Kaedah Pengapungan Terkawal Bahan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM11 bilion tahun ini...

21 Sekolah Di Kelantan...

KOTA BHARU - Sebanyak 21 sekolah di empat jajahan di Kelantan masih tidak...

Permaisuri Johor Lancar Karya Terbaharu Zaini

KUALA LUMPUR – Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini berkenan melancarkan buku ‘Eco-Shift: Holistic Transformation Towards Environmental Sustainability’ karya Datuk Seri Dr. Zaini Ujang.

Dr Zaini yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata Eco-Shift yang merupakan karya ke-35 beliau berkisar kepada perubahan radikal melibatkan transformasi cara berfikir, membuat keputusan, amalan dan gaya hidup individu secara proaktif, boleh menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

“Buku setebal 218 halaman ini dibahagikan kepada lapan bab antara lain membincangkan maksud, kepentingan dan pelaksanaan serta penglibatan umum dalam perubahan itu.

“Buku ini turut mengupas mengenai eco-shift daripada perspektif individu, badan korporat dan kerajaan untuk pemahaman lebih mendalam mengenai konsep dan usaha dilakukan untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan persekitaran umum,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Penerbitan buku Eco-Shift merupakan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Dalam pada itu, Dr Zaini berkata penerbitan buku itu antara usaha ITBM bagi memperbanyakkan bahan bacaan ilmiah untuk rujukan sama ada bagi pasaran tempatan mahupun antarabangsa selain menyahut seruan kerajaan melalui kempen #MalaysiaMembaca.


“Ia turut selari dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia pada tahun 2020 di samping memberi manfaat kepada masyarakat dalam menjalani persekitaran yang lebih sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali berkata penerbitan buku tersebut sebagai satu usaha Unit Endowman UTM untuk mengumpulkan dana bagi membantu pelajar universiti itu yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian mereka.

“Pada masa ini, jumlah pelajar yang memerlukan dana adalah besar dengan mengambil kira lebih 50 peratus pelajar adalah daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Oleh itu, sebahagian besar hasil jualan buku ini akan disalurkan terus ke tabung itu dan diharapkan melalui penerbitannya akan dapat menjana sebanyak RM1 juta,” katanya. – BERNAMA

Kategori