Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Ditahan Kerana...

Ampang Jaya : Pasangan suami isteri warga asing ditahan polis di Taman Putra...

12 Pemimpin PAS Di...

JELEBU - Dua belas pemimpin PAS kawasan Jelebu mengisytiharkan keluar parti susulan keputusan...

Muhyiddin Lawat Indonesia Esok...

JAKARTA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke...

TH Tawar Perkhidmatan Terbaik...

MAKKAH - Bagi memastikan keselesaan jemaah haji semasa di Tanah Suci Makkah, Tabung Haji (TH) membuat perancangan rapi termasuk menyediakan bilik penginapan dan...

Sidang Dewan Belia Perak Mula 8 Disember

IPOH – Persidangan Dewan Belia Perak untuk Mesyuarat Kedua Penggal Pertama akan diadakan selama dua hari bermula 8 Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata 60 perwakilan belia akan menyertai persidangan kali ini dengan mengekalkan anggota sedia ada.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka, Teoh Yee Chern dilantik sebagai Speaker Dewan Belia Perak yang baharu.

“Beberapa penambahbaikan dan pembaharuan struktur serta aturan dewan dilakukan antaranya usul dibawa lebih terbuka, dan bebas membawa isu semasa selagi ia tidak bertentangan dengan perlembagaan dan sensitiviti masyarakat,” katanya pada sidang media di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berharap menerusi format baharu itu, anggota dewan belia dapat memanfaatkan kebebasan bersuara dalam merangka masyarakat yang lebih kondusif.


Menurutnya persidangan tersebut akan menjadi suara alternatif kepada kerajaan negeri dalam membentuk warisan belia yang lebih proaktif.

Lee berkata 20 usul dijangka dibentangkan oleh anggota dewan belia sepanjang persidangan tersebut. – BERNAMA

Kategori