Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Foto Beyonce Belum Photoshop...

Beberapa keping foto penggambaran kempen produk L'Oreal pada tahun 2013 yang menampilkan bintang...

PAS Akan Pastikan Tok...

PAS akan menggabungkan jenteranya di Rembau dan Negeri Sembilan dengan UMNO bagi membantu...

Laporan Palsu: Tolong Jangan...

KUANTAN - Polis Pahang memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap...

COVID-19: Dunia Berdepan Kekurangan...

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, hari ini...

Petronas Selesai Bekalkan LNG Pertama Di RGTP

KUALA LUMPUR – Petronas LNG Ltd (PLL) telah menyelesaikan operasi membekalkan gas asli cecair (LNG) pertamanya di Terminal Regasifikasi Pengerang (RGTP).

Operasi mengisikan semula LNG ke dalam Kairos, kapal bunker LNG terbesar dunia dengan kapasiti sebanyak 7,500 m3 dilakukan di jeti RGTP.

Ketua Pegawai Eksekutif PLL Ezhar Yazid Jaafar berkata peluang LNG berskala kecil akan meningkat melalui penggunaan bahan api lebih bersih alternatif seperti LNG.

“Peraturan baharu kawalan sulfur global 0.5 peratus yang dilaksanakan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) pada Januari 2020 akan membolehkan LNG menjadi bahan api alternatif pilihan bagi industri perkapalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan fleksibiliti RGTP dalam operasi pengisian semula dan keupayaan menerima kapal LNG berskala kecil, akan meletakkan Petronas menjadi antara peneraju dalam segmen bunker LNG untuk berdepan landskap yang mencabar dalam pasaran bahan api marin.

Kejayaan operasi pengisian semula LNG di RGTP adalah hasil daripada kerjasama antara anak syarikat Petronas termasuk Petronas Gas Bhd, Pengerang LNG (Two) Sdn. Bhd, selain pihak berkepentingan utama lain seperti Jabatan Laut Malaysia, Lembaga Pelabuhan Johor dan Johor Port Bhd. – BERNAMA

Kategori