Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Cari Kereta Curi.. Tapi...

SAO PAULO – Lain yang mahu dicari, lain pun yang ditemui apabila sepasukan...

SPRM, DBKL Tubuh Pasukan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Najib Diberi Sambutan Penuh...

BERLIN (Jerman) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan penghormatan penuh...

Lelaki Bersayap Terbang Sebelah...

DUBAI - Dua lelaki bersayap terbang 'berdampingan' dengan sebuah pesawat penumpang terbesar di dunia...

PH Tidak Cukup Dana Bayar Hutang – Najib

TEGUR… Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta agar segera mengambil perhatian terhadap trend penurunan berterusan rizab antarabangsa yang dipegang Bank Negara Malaysia (BNM).

Isu buruk itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil merujuk pengumuman BNM mengenai rizab antarabangsa jatuh kepada AS$101.7 bilion (RM422 bilion) selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Ia mengalami trend turun akibat pengaliran keluar berterusan dana pelabur asing dari negara walhal ujar mantan menteri kewangan itu, sebelum PRU ke-14 pada 9 Mei lalu, rizab antarabangsa negara meningkat dengan baik.

“Rizab kita sudah jatuh AS$8.3 bilion (RM34.49 bilion) sejak pertengahan April. BNM mengumumkan paras rizab ini hanya memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

“Kebimbangan saya ialah angka 0.9 kali hutang asing jangka pendek ini. Sebelum PRU, tidak pernah saya tengok angka ini bawah paras 1.0 kali dan biasanya 1.1 kali ke atas,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Facebook.


Untuk rekod, pada akhir April lepas, bank pusat tempatan itu dilaporkan bangga catat buat julung kalinya mampu memiliki rizab antarabangsa paling tinggi dalam sejarah iaitu berjumlah AS$110 bilion (kira-kira RM460 bilion).

Najib menambah, paras 0.9 kali iaitu di bawah 1.0 kali bermaksud rizab asing BNM sebenarnya tidak cukup untuk membayar semua hutang asing jangka pendek apabila dituntut dan merupakan satu risiko baharu buat negara.

“Maksudnya, kita hutang kepada orang asing AS$100 tetapi hanya ada mata wang asing berjumlah AS$90 untuk bayar. Guan Eng perlu ambil perhatian,” katanya dalam nada kesal. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori