Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Angka Kematian Denggi Meningkat...

SAO PAULO - Kes demam denggi meningkat di sini dengan angka kematian kini...

Misha Omar Hamil, Enggan...

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Misha Omar yang kini sedang hamil cahaya mata sulung. Penyanyi...

Peminat Nangis Tonton Video...

PENANTIAN penuh kesabaran pasangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isteri, Datuk Seri...

10 Jenis Lelaki Yang...

1. Lelaki Takda DuitSangat menyakitkan hati perempuan bila si lelaki tak ada duit....

Pihak Berkuasa Siasat Kes Edar Bible – TKM P.Pinang

GEORGE TOWN – Dakwaan pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam sedang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha untuk menimbulkan kekacauan dalam masyarakat dan pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa Islam adalah agama rasmi Pulau Pinang sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Sebarang usaha untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama adalah tidak wajar dan tiada ruang untuk bertolak ansur.

“Ini adalah bagi menjamin keharmonian hidup dalam suasana masyarakat yang beragama di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui terdapat aktiviti pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.


Mujahid berkata perkara itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada Jabatan Agama Islam negeri, Jabatan Pendidikan negeri serta Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bible

Kategori