Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan Dasar Perlu Untuk...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan dasar amat perlu bagi menggalakkan produktiviti pekerja seperti peningkatan peluang untuk latihan...

Sultan Mizan Gesa Tangani...

KUALA NERUS - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah pemikiran yang dibawa...

Apa Sebabnya CEO LHDN...

Tulisan: Azwan OmarNOTIS Kebankrapan yang dihadapkan pada mantan Perdana Menteri, YB Datuk Seri...

Mayat Lelaki Myanmar Ditemui...

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui di tapak projek perumahan...

Kuil Dakwa Pemaju Guna Samseng Buat Rusuhan

BONGKAR… Pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor hari ini mendakwa pemaju One City Development Sdn. Bhd. telah mengupah samseng untuk cetus rusuhan.

Ia didedahkan Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, S. Ramaji yang berkata, ahli jawatankuasa khas ditubuhkan pengikut kuil itu hanya mahu segala hak mereka dan rumah ibadat tersebut dikembalikan semula.

“Perkara ini bukan isu perkauman tetapi ia melibatkan pemaju One City yang mahu merampas tanah kami dengan cara kekerasan. Mereka dipercayai mengupah gengster untuk menghalau kami dari tapak rumah ibadat.

“Walhal kuil ini sudah berusia 147 tahun,” kata Ramaji dalam sidang akhbar di premis itu hari ini. Untuk rekod, tiga pekerja syarikat pemaju tersebut antara ditahan reman sehingga empat hari bagi bantu siasatan kes rusuhan itu.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi Isnin itu tercetus apabila puluhan individu berkumpul merusuh di kawasan tapak kuil hingga berlaku pergaduhan antara dua kumpulan menyebabkan 18 kereta pelbagai jenis dan dua motosikal terbakar.

Mengulas dengan lebih lanjut, Ramaji menjelaskan bahawa mereka tetap mempertahankan pendirian untuk melihat isu rumah ibadat tersebut diselesaikan secepat mungkin oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Menurutnya, isu pertikaian status tanah rumah ibadat ini yang dibawa ke mahkamah namun berlarutan sejak awal 1980-an lagi perlukan ia dikaji semula secara adil dan harmoni.

Setiausahanya, VK Regu berkata, masalah yang timbul sejak kelmarin bukan digerakkan badan bertindak yang ditubuhkan ini tetapi para pengikut yang sayangkan rumah ibadat terbabit.

“Jawatankuasa yang ada juga sering menasihatkan pengikut kuil ini agar bertenang dan penggunaan kekerasan terhadap pihak lain sebenarnya bukan jalan penyelesaian terbaik.

“Kami juga berharap orang ramai tidak menyemarakkan lagi keadaan dan kami mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian rusuhan yang berlaku dengan segera demi keharmonian negara ini,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori