Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Video: Giliran Pengadil Kena...

KEBIASAANNYA pengadil yang akan melayangkan kad merah sekiranya berlaku kesalahan di antara pemain dalam...

Manifesto BN Selangor Bakal...

TANJONG KARANG - Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan diumumkan Ahad ini...

Rakyat Kelantan Lapor Polis...

KUALA LUMPUR - Meskipun telah meminta maaf kerana kata-kata yang diungkapkan dilihat menggores...

Selepas Aiskrim Sumi, Giliran...

ALAHAI rakyat Malaysia ini memang kreatif sungguh!Barangkali kerana cuaca panas melampau, bermacam-macam resepi...

Pistol, Senjata Api Tiruan Ditemui Di Jalan Klang Lama

KUALA LUMPUR – Polis menemui sepucuk pistol dan tujuh laras senjata api dipercayai tiruan di sebuah premis di Jalan Klang Lama di sini, semalam.​

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pistol dan senjata api jenis HK MP5 (Heckler & Koch MP5) ditemui oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Turut ditemui adalah sebuah topi yang mempunyai logo polis di dalam premis itu.

“Mahkamah telah mengeluarkan arahan penyitaan terhadap premis itu 30 Okt lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk menghubungi Insp Mohd Razif di talian 013-9961566 atau ASP Mohd Hafizi Ishak di talian 017-2336343.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.


Bercakap dalam satu persidangan media kemudiannya pula, Mazlan berkata polis sedang memburu seorang lelaki tempatan berumur sekitar 40an bagi memabantu siasatan berhubung penemuan semua senjata itu.

Beliau berkata suspek merupakan penyewa di premis berkenaan sejak beberapa bulan lepas, namun lelaki itu dikatakan tidak membayar sewanya.

“Suspek tidak bayar sewa menyebabkan pihak mahkamah sita tempat itu, senjata api itu ditemui ketika pihak mahkamah masuk ke dalam premis itu semalam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.  – BERNAMA

Kategori