Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Soalan Exam ‘Pecah Kepala’...

SEHELAI kertas soalan peperiksaan untuk kemasukan ke sebuah sekolah rendah di Hong Kong...

PM Israel Bertemu Putin...

MOSCOW – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir...

WhatsApp Sekat Lebih 1.75...

MUMBAI: Platform komunikasi pesanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), WhatsApp, menyekat lebih...

Bapa Mia Sara Terkejut...

BAPA pelakon cilik Mia Sara, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh mengakui terkejut dengan laporan...

PKR Tidak Kemuka Nama Baharu Bagi Jawatan Menteri

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang permintaan agar mengemukakan nama baharu daripada parti itu bagi tujuan rombakan kabinet.

Anwar yang memenangi jawatan presiden parti tanpa bertanding pada pemilihan PKR yang berakhir baru-baru ini, berkata setakat pemahamannya tiada apa yang berubah.

“Tiada seorang pun dalam PKR memaklumkan kepada saya tentang perubahan atau keperluan menyerahkan nama baharu. Setakat ini tiada perubahan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson ditanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau terbuka kepada cadangan rombakan kabinet dan tidak menolak kemungkinan melakukan perubahan jika PKR ada mencalonkan mana-mana nama.

Sebelum ini kedengaran desas-desus Dr Mahathir akan melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat berikutan kritikan terhadap prestasi beberapa menteri selain menepati percaturan politik susulan keputusan pemilihan PKR baru-baru ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkata parti itu juga tidak menghantar sebarang nama bagi melaksanakan rombakan kabinet tersebut yang disifatkannya sebagai keputusan perdana menteri dan di luar bidang kuasa beliau selaku Menteri Kewangan. – BERNAMA

Kategori