Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pasar Raya Di Terengganu...

SEMUA pasar raya di Terengganu diarahkan menutup waktu operasi pada setiap hari Jumaat...

Banduan Lelaki Dakwa Dicabul...

New York - Seorang banduan yang melakukan hubungan seks dengan dua pengawal penjara...

Perlu Sedar Risiko Pinjam...

KUANTAN - Mereka yang memilih untuk meminjam wang daripada peminjam wang haram atau...

Kereta Thanabalan Berjaya Ditemui...

SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan sudah menemui kereta Proton Iswara milik pemain...

Poland Rampas 160 Kg Kokain Bernilai AS$21 Juta

WARSAW – Kerani peruncitan Poland menemui bungkusan kokain yang disembunyikan dalam kalangan pisang yang dibawa dari Ecuador ke rangkaian pasar raya tempatan, kata polis semalam.

“Kami merampas lebih 160 kilogram kokain yang dibawa dari Ecuador,” kata jurucakap ibu pejabat polis Poland, Dawid Marciniak.

Pekerja menemui dadah itu yang ditutup dengan pisang di dalam kotak yang dihantar ke banyak cawangan rangkaian pasar raya Poland, katanya.

Marciniak berkata, bungkusan terbesr seberat satu kilogram tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

“Memang jelas banyak persoalan yang perlu dijawab, terutama siapa yang mengarahkan penghantaran itu,” kata Marciniak, menambah tiada tangkapan dibuat setakat ini.


Dengan media tempatan melaporkan nilai satu gram kokain mencecah AS$132 (RM553) di Poland, rampasan itu bernilai sehingga AS$21 juta (RM87 juta).

Laporan media Poland yang tidak dapat disahkan menyatakan pekerja di rangkaian pasar raya Stokrotka mula menemui bungkusan plastik mengandungi kokain itu minggu ini ketika mula memunggah bekalan pisang. — AFP

Kategori