Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Projek MRT: Siasatan Penuh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu...

Erra Pernah Dilarang Berlakon...

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira mendedahkan pada suatu ketika dahulu, dia dilarang daripada...

Arab Saudi Kini Bersalji

Riyadh : Cuaca sejuk, hujan renyai dan hujan ais dengan salji dilaporkan di...

Kerajaan Kaji Tetapkan Harga...

MELAKA - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menetapkan harga runcit ikan kembung di dalam pasaran negara.Menteri Perdagangan...

Polis Evo 2 Tiada Elemen Imej Buruk Agama Islam

PUTRAJAYA – Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem ‘Polis Evo 2’ tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk kepada agama Islam.

Dalam kenyataan hari ini,LPF berkata filem berbentuk fiksyen tersebut didapati tiada pencanggahan dengan mana-mana peruntukan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri.

“LPF telah menonton tapis filem ‘Polis Evo 2’ dan memberi keputusan Lulus Bersih dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam,”katanya.

LPF berkata demikian bagi mengulas isu filem tersebut yang didakwa memberi imej buruk kepada agama Islam oleh sesetengah pihak.

Filem tersebut memaparkan kisah dua orang anggota polis yang mengintip ketua sindiket pengedar dadah di sebuah pulau yang mana dalam operasi tersebut mereka terperangkap dengan insiden serangan kumpulan pengganas yang menawan dan menjadikan penduduk pulau tersebut sebagai tebusan.

“Secara keseluruhan filem itu mengisahkan tentang usaha pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan menyelamatkan orang awam yang terlibat dalam insiden keganasan yang dipaparkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori