Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Belum Ada Cadangan Laksana...

Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau Mpox...

7 Cabaran Untuk Tinggal...

Manusia sentiasa menyimpan impian yang besar untuk tinggal di Marikh. Lebih-lebih lagi selepas...

Malaysia Catat Kemenangan Pertama...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki wanita negara menamatkan rentetan kekalahan apabila menundukkan pasukan...

Menteri Agama Buat Ketetapan...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr...

Polis Kelantan Tahan 11 Individu Disyaki Edar Dadah

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan 11 individu termasuk tiga rakyat Thailand yang disyaki terbabit dalam pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan di Pasir Mas awal pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata hasil serbuan, pihaknya merampas sejumlah dadah disyaki heroin bernilai RM100,000, daun ketum serta sepucuk pistol angin.

Dalam serbuan pertama pada 1.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Repek, Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 56 tahun.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, polis menemui 50 botol plastik lut sinar mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 225 gram dianggarkan bernilai RM100,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata dalam serbuan itu pihaknya juga menyita tiga motosikal, sebuah kereta serta wang tunai berjumlah RM4,800 dengan nilai sitaan keseluruhan dianggarkan RM23,800.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 10 Nov ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam serbuan pada 2.30 pagi hari sama di Kampung Kubang Rambutan pula, polis menahan enam individu termasuk tiga rakyat negara jiran dan merampas sepucuk pistol angin, satu kilogram daun ketum serta 0.05 liter ubat batuk.

Beliau berkata kesemua suspek direman antara satu hingga empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Mengulas perkembangan berkaitan, Hasanuddin berkata sebanyak 60 kg daun ketum dirampas dekat Kampung Simpangan, Tumpat pada 2 pagi hari sama.

Beliau berkata rampasan dilakukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika melakukan rondaan di pangkalan haram Pokok Ketapang.

“Mengikut maklumat ketika rondaan anggota ATM terserempak dua lelaki sedang memunggah tiga guni dan sebaik dihampiri kedua-duanya melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu.

“Pemeriksaan lanjut di dalam guni yang ditinggalkan mendapati ia mengandungi daun ketum dengan berat 60 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1,800,” katanya. – BERNAMA

Kategori