Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Sahabat Maut Digilis...

BAHAU - Dua sahabat maut apabila digilis sebuah lori tangki simen dalam kemalangan...

Tender Terminal Feri Kuala...

TANJUNG DAWAI - Tender bagi kerja-kerja menaik taraf Terminal Feri Kuala Kedah dekat...

Panik Anak Terperangkap, Ustaz...

TULAR di media sosial sejak semalam apabila satu video menyaksikan seorang ibu panik...

Malaysia Kutuk Keras Serangan...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dalam serangan bom di Ankara,...

Polis Malaysia, Thai Usaha Selesai Isu Dwikerakyatan

BANGKOK – Polis Malaysia dan Thailand akan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah orang yang mempunyai dwi kerakyatan Malaysia dan Thailand yang telah berlarutan sejak sekian lama .

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemegang dwi kerakyatan Malaysia dan Thailand akan diminta memilih hanya satu kerakyatan sahaja.

“Kita (Malaysia dan Thailand) perlu bertegas dalam isu ini. Kita akan meminta mereka untuk membuat keputusan kerakyatan mana yang mereka hendak pegang, sama ada mereka gugurkan kerakyatan Malaysia atau Thailand,” katanya kepada media pada hari akhir mesyuarat ke-25 jawatankuasa bersama Malaysia -Thailand mengenai aktiviti jenayah, di sini hari ini.

Kedua-dua negara komited untuk mencari penyelesaian bersama dalam beberapa bulan akan datang, katanya sambil menambah Malaysia menghadapi “banyak masalah” berikutan isu itu.

Malaysia dan Thailand menurut Fuzi mempunyai persefahaman tentang perkara itu.

Turut serta dalam mesyuarat itu ialah rakan sejawatannnya dari Thailand Jen Chakthip Chaijinda.

Pihak berkuasa Thailand telah sejak sekian lama menuduh mereka yang mempunyai dwi kerakyatan terlibat dengan kegiatan jenayah terutama yang bersangkutan dengan konflik di selatan Thai.

Pemegang dwi kerakyatan itu didakwa lari ke Malaysia selepas melakukan perbuatan jenayah di selatan Thai.

“Mereka (dwi kerakyatan) juga lari ke Thailand apabila melakukaan jenayah di Malaysia. Begitulah sebaliknya,” kata Mohamad Fuzi.

Mengenai penjenayah Malaysia yang mencari perlindungan di Thailand, Ketua Polis Negara berkata Bukit Aman telah mengenalpasti mereka yang bersembunyi di negara jiran itu dan telah meminta kerjasama Polis Diraja Thai untuk mengesan dan menghantar mereka pulang ke Malaysia untuk tindakan undang-undang.


Polis Malaysia dan Thailand mempunyai kerjasama yang baik dalam hal ini, tegas beliau.

“Mereka (Polis Thai) pernah menghantar ramai (penjenayah pulang ke Malaysia). Ini merupakan operasi berterusan antara kedua-dua pasukan polis,” katanya.

Mengenai mesyuarat itu beliau berkata kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk penyeludupan di sempadan bersama, penyeludupan manusia, ancaman Daesh, Macau Scam dan lain-lain jenayah transnasional.

Polis Malaysia dan Thai bekerjasama rapat bagi menangani isu tersebut,

Sementara itu Chaktip mengakui kerjsama erat yang dihulurkan Malaysia dalam menangani isu dwi kerakyatan.

Beliau berkata mereka yang memegang dwi kerakyatan mempunyai identiti Thai dan Malaysia yang berbeza dan ini menyukarkan pihak berkuasa mengesan mereka bagi menyelesaikan isu itu sepenuhnya.

“Mereka mempunyai nama yang berbeza( di Malaysia dan Thailand). Kami hantar nama Thai (dwi kerakyatan) untuk pihak berkuasa Malaysia hantar mereka pulang, tetapi masih belum ditemukan. Inilah permasalahannya, tetapi kita harus cari jalan penyelesaian terhadap masalah itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori