Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kejayaan Berganda Kuartet 4X100M...

IPOH – Kuartet Terengganu beraksi cemerlang apabila menguasai acara 4x100 meter lelaki dan...

20 Akaun Bernilai RM740,000...

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun perbankan...

Penganjur Wajib Bentang Modul,...

PUTRAJAYA - Penganjur program pembinaan jati diri membabitkan murid sekolah kini diwajibkan membentangkan...

Sabotaj myIMMs; 5 Pegawai...

KUALA LUMPUR - Lima pegawai Jabatan Imigresen ditahan polis semalam kerana disyaki mensabotaj...

Polis Masih Tunggu Laporan Forensik Kes Baling Tayar

KUALA LUMPUR – Polis sedang menunggu laporan forensik berhubung kes seorang remaja lelaki cedera terkena tayar basikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia Blok 41, di sini, pada 2 Nov lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya sedang meneliti keterangan yang diambil daripada beberapa individu bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Setakat ini belum ada tangkapan dan siasatan lanjut sedang diteruskan. Tunggulah bagaimana hasil siasatan forensik nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kepolisan Berprofil Tinggi di Publika Solaris, Jalan Dutamas 1 hari ini.

Sebelum ini Mazlan dilapor berkata polis telah memanggil lapan individu termasuk anggota Dewan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu siasatan kes itu.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun nyaris maut selepas terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas flet dan terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selain luka pada bahagian siku.


Ini bukan kejadian pertama, awal tahun ini seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas dihempap sebuah kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam. – BERNAMA

Kategori