Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Sangka Pintu Pesawat...

SEORANG lelaki diharamkan daripada menaiki pesawat KLM selama lima tahun kerana cuba membuka...

Peniaga Di Kawasan Banjir...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 987 produk makanan yang telah tamat...

Jangan Main Hujan, Nanti...

SETIAP kali hujan turun, biasanya ramai akan bergegas lari lintang-pukang mencari tempat yang...

JDT Semakin Hampir Pertahan...

PUTRAJAYA - Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan...

Polis Nafi Berita Tular Murid Dirogol, Ditoreh Kemaluan

MUAR – Polis menafikan kes murid dirogol, ditoreh kemaluan di daerah ini seperti yang tersebar di laman sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata, berita mengenai kes yang ditular itu merupakan kes yang berlaku pada tahun 2014.

“Pihak polis mengesahkan tiada menerima sebarang laporan polis berkaitan kes yang ditular pada hari ini… Kes ini telah selesai di mana penjenayah terlibat telah dituduh pada 4 Februari 2014 dan dijatuh hukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan 3 Mac 2015.

“Sehubungan itu, pihak Polis Daerah Muar menasihati mana-mana individu atau pengguna media sosial menghentikan penyebaran isu-isu sensitif dan diulang-ulang dari mana-mana saluran media perkongsian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut hanya boleh membangkitkan keresahan dan disalahertikan di kalangan masyarakat. – BERNAMA

Kategori