Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Gunakan RUU 355...

OLEH: Zainal Rashid Ahmad DALAM kaedah fekah, terdapat teras kaedah pemikiran yang strategik dan...

Kes COVID-19 Dijangka Naik,...

PUTRAJAYA - Menjangkakan wabak COVID-19, yang melanda dunia sekarang dengan Malaysia tidak terkecuali...

Calon Termuda BN Melaka...

MELAKA - Calon termuda Barisan Nasional (BN) Melaka iaitu Choo Wei Sern, 30,...

Pencari Petai Temui Bom...

ALOR SETAR - Seorang pencari petai mengalami detik-detik cemas apabila tersua dengan sebutir...

Polis Tahan 145 PATI, Seorang Positif Dadah Heroin

JOHOR BAHRU – Polis menahan seramai 145 pendatang asing tanpa izin (PATI ) di sekitar kawasan Johor Bahru Utara dan Kulai, Isnin lepas.

Menurut satu kenyataan di sini petang tadi, operasi Bersepadu Wilayah Iskandar yang dilaksanakan pada 8 malam itu diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Supt Fariz Ammar Abdullah dan Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow serta dibantu oleh pegawai dan anggota dari kedua-dua daerah berkenaan.

Menurut Fariz Ammar, pihak polis melakukan serbuan dan pemeriksaan di premis, hotel dan rumah kongsi melibatkan kawasan Impian Emas, Setia Tropika, Dato Onn dan Scientex Senai.

Katanya, daripada 145 yang ditahan, seorang daripadanya yang merupakan lelaki warga Indonesia didapati positif dadah jenis heroin.

“Dalam serbuan ini, pihak polis telah buat pemeriksaan seramai 454 warga asing terdiri daripada 408 lelaki dan 46 perempuan.


‘Tetapi dari jumlah tersebut (454), 145 kita tahan kerana kesalahan tidak memiliki dokumen, manakala satu positif dadah jenis heroin,” katanya.

Fariz Ammar berkata sebanyak 14 buah motosikal pelbagai jenis juga turut dirampas dalam serbuan itu dan dirujuk kepada Bahagian Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik IPD Kulai.

Kes disiasat mengikut Sesyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Sesyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori