Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anak Landak Tanpa Duri...

DUNTOCHER - Seekor anak landak yang dilahirkan tanpa duri dibadannya telah ditemui di...

Kes Pertama, Kondom Ditemui...

IA merupakan satu penemuan yang mengejutkan bagi doktor di Cameroon apabila mendapati sakit...

Bella Dilabel Bodoh, Masih...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dilabel bodoh oleh segelintir netizen...

Kerana Buah Mangga, Anzalna...

BARU-BARU ini pelakon Anzalna Nasir ada memuat naik gambar buah mangga di laman...

Polis Tahan 2 Suspek Selepas 27 Jam Rompak Pasar Mini

KUCHING – Selepas 27 jam melakukan rompakan bersenjata di sebuah pasar mini di Sungai Maong di sini semalam, dua lelaki diberkas di sebuah kampung di sekitar Tabuan Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata dalam insiden pada 10 pagi itu, seorang juruwang wanita cemas dan panik selepas didatangi dua lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging, yang ketika itu mangsa bekerja bersendirian di pasar mini berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah mendatangkan trauma fizikal dan emosi terhadap mangsa, serta mencuri wang tunai RM1,200, telefon bimbit dan beberapa paket rokok.

“Anggota D9, Jabatan Siasatan Jenayah terus jalankan siasatan, mengumpulkan maklumat mengenai gambaran kedua-dua suspek dan mendapatkan petunjuk daripada pemberi maklumat mereka.

“Kira-kira 27 jam kemudian, anggota D9 berjaya mengenal pasti, menjejaki dan menahan kedua-dua suspek berusia 28 dan 34 tahun, di sebuah kampung di sekitar Tabuan Jaya,” katanya.


Pisau pemotong daging dan telefon bimbit mangsa serta eksibit lain turut ditemui, katanya.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori