Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UNESCO Iktiraf Silat, Mak...

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam...

Sikap Rakyat Punca Pekerja...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kehadiran pekerja asing ke dalam negara...

Bangkai Penyu Agar Reput...

DUNGUN: Bangkai seekor penyu agar yang reput ditemukan terdampar di Pantai Teluk Bidara,...

Suasana PRU14 Beri Ilham...

IPOH - Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid antara beberapa karyawan kelahiran Perak tidak...

Polis Tembak Mati 3 Warga Asing Pecah Rumah

TIGA lelaki maut ditembak polis dalam hutan di Puncak Bukit Mutiara, Tanjong Bungah, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, semua suspek yang dipercayai warga asing berusia 30-an ditembak selepas mereka cuba menyerang polis dengan parang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rahimi Raais berkata, sebelum itu polis menerima maklumat daripada seorang wanita yang tinggal berhampiran kawasan terbabit mengatakan rumahnya cuba dipecah masuk.

Menurutnya, bertindak daripada maklumat itu, polis kemudian ke lokasi kejadian dan tiga suspek terbabit melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

“Ketika itu, suspek cuba menyerang menggunakan parang dan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.

“Setakat ini, identiti semua suspek masih belum dikenal pasti, namun mereka dipercayai warga asing,” katanya.


Rahimi berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui tiga parang dan polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah di daerah Timur Laut.

Setakat ini, anggota forensik masih berada di lokasi kejadian. – myMetro Online

Kategori