Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mapim & Turki Mahu...

SEPANG - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama kerajaan Turki merancang...

Parti Gerakan Bersiap Sedia...

SEREMBAN - Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti Gerakan telah...

Ronaldo Akhiri Kemarau Jaringan

MILAN - Cristiano Ronaldo ak­hirnya berjaya menjaringkan gol dalam Serie A Itali ketika...

Lee Kuan Yew Meninggalkan...

SINGAPURA - Lee Kuan Yew, pengasas perdana menteri Singapura yang meninggal dunia hari...

Polis Tingkat Keselamatan Di Jalan Tengku Kelana

KLANG – Keselamatan di sepanjang Jalan Tengku Kelana di sini, lokasi tumpuan masyarakat India membeli-belah sempena sambutan Deepavali ini akan ditingkatkan dengan penempatan anggota polis di beberapa lokasi tumpuan menerusi Ops Cahaya yang akan bermula esok hingga Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli, berkata operasi itu yang akan disertai beberapa anggota polis bertujuan memastikan masyarakat lebih yakin dengan keselamatan mereka ketika membeli-belah di jalan tersebut.

“Menerusi operasi Cahaya ini, anggota polis yang mencukupi akan ditempatkan di jalan dan lorong utama Jalan Tengku Kelana supaya masyarakat rasa lebih selamat dengan melihat kehadiran polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di beberapa kedai di “Little India” yang terletak di Jalan Tengku Kelana di sini hari ini sempena sambutan Deepavali yang disambut Selasa depan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Pengerusi Persatuan Usahawan Litte India, Klang, N. P. Raman yang meminta pihak berkuasa memasang lebih banyak kamera pengawasan serta menambah rondaan di sekitar Jalan Tengku Kelana bagi menangani kes ragut yang dilihat mencemarkan nama baik kawasan komersial itu.

Raman dilapor berkata secara purata, setiap hari terdapat lima hingga 10 kes ragut di sekitar bandar Klang yang kebanyakan mangsa adalah kaum wanita.

Dalam pada itu, Shamsul Amar berkata jumlah dan statistik kes ragut yang dilaporkan di Jalan Tengku Kelana masih terkawal di mana beberapa tangkapan suspek dibuat sendiri oleh peniaga dan juga polis.


Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan untuk meningkatkan lagi rondaan bermotosikal dan ‘team’ jalan kaki polis di lorong-lorong utama sepanjang Jalan Tengku Kelana di samping mendampingi masyarakat setempat bagi tujuan pencegahan jenayah di kawasan itu.

“Kita juga akan menempatkan pasukan anggota polis berpakaian preman selain meletakkan balai polis bergerak sempena sambutan Deepavali ini di lorong-lorong utama Jalan Tengku Kelana,” katanya.

Mengenai cadangan menambah kamera pengawasan di Jalan Tengku Kelana, Shamsul Amar berkata pihaknya bersedia berbincang dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi tujuan itu.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dilapor berkata pihak majlis bersetuju memasang lima kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang Jalan Tengku Kelana untuk tempoh musim perayaan Deepavali. –BERNAMA

Kategori