Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kasihan… Parkir Kereta P....

Di beberapa laman blog hari ini, tersebar beberapa gambar kadar caj meletakkan kereta...

Visa Kemasukan Pelajar Asing...

BESUT - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri...

PM Tak Jalani Rawatan...

KUALA LUMPUR - Khabar angin yang menyatakan ada perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri...

4 Ditahan Bunuh Lelaki...

Serdang : Empat individu ditahan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak ketika berjalan...

Polis Trafik Sujud Syukur Lepas Kes Curi RM200

KUALA KANGSAR – Sebaik sahaja Mahkamah Majistret di sini melepas dan membebaskan Sa’dat Abdul Manab, 33, daripada tuduhan mencuri RM200, anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal itu lantas melakukan sujud syukur dengan perkhabaran yang amat melegakan itu.

Beliau yang memakai baju kemeja berwarna hitam kelihatan sebak selepas menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan yang mengikuti prosiding sebaik sahaja mahkamah mengumumkan keputusannya, dan melakukan sujud syukur beberapa saat di perkarangan mahkamah sebelum beredar.

Majistret Noorhidayah Mohd Saad dalam penghakimannya memberitahu bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, dan mengarahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri.

Tertuduh didakwa mencuri wang RM200 milik Muhamad Alif Shahar, 25, di Kilometer 243.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Ipoh, kira-kira pukul 4.40 petang, 13 Julai 2016.

Pendakwaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara dan didenda serta dikenakan sebatan bagi kesalahan kedua.


Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam R S N Rayer. – BERNAMA

Kategori