Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Demi Filem Terbaru, Amar...

DUNIA lakonan semakin mencabar apabila semakin ramai pelakon baru yang muncul bak cendawan...

TN50 Kutip 80,000 Aspirasi...

KUALA LUMPUR - Tahun 2017 menandakan langkah permulaan perjalanan gagasan Transformasi Nasional 2050...

Zahir Rasa ‘Sayangi Malaysiaku’,...

KUALA LUMPUR - Kurang dua minggu lagi negara bakal menyambut Hari Kebangsaan yang...

Suspek Kes Buang Sisa...

SHAH ALAM - Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit kes pembuangan sisa...

Sindiket Seludup Rokok RM1.4 Juta Di Kulai Tumpas

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok kontraban (seludup) melibatkan rampasan bernilai RM1.4 juta dalam satu serbuan di sebuah kawasan perumahan di Indahpura, dekat Kulai, pagi semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam Bukit Aman Komisioner Datuk Zainal Abidin Kasim dalam serbuan 8.00 pagi itu, pihak polis telah menyerbu sebuah rumah di daerah berkenaan dan mendapati dua lelaki sedang memunggah sejumlah kotak yang dipercayai mengandungi rokok kontraban ke dalam dua buah kereta.

Beliau berkata pasukan polis marin (PPM) telah menjalankan intipan selama empat hari serta menunggu selama empat jam sebelum melakukan serbuan di rumah teres dua tingkat itu.

“Seorang daripada lelaki berkenaan turut mempunyai wang bernilai RM18,465 bersama dengannya ketika ditahan,” katanya kepada pemberita di Markas Polis Marin Wilayah Selatan, di sini hari ini.

Turut dirampas sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dan Perodua Alza.

Zainal Abidin menambah sindiket itu antara beberapa sindiket yang bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan bahan terlarang di negeri ini.

Jelas beliau, rampasan semalam adalah susulan dari satu lagi rampasan yang dibuat sebelum ini pada Oktober di Bandar Penawar, Kota Tinggi.


Jarak pesisiran pantai yang luas di Wilayah Selatan juga antara kekangan yang didepani PPM bagi membanteras aktiviti penyelupan, menurut Zainal Abidin.

“Kawasan perairan di Johor bagi sebelah barat dan timur ini sahaja berukuran kira-kira 600 kilometer,” kata beliau sambil menambah terdapat orang awam yang menerima ganjaran bagi menyembunyikan maklumat pergerakan sindiket seumpama.

“PPM sentiasa komited dalam membanteras aktiviti penyeludupan kontraban serta semua jenis jenayah yang melibatkan perairan negara serta jenayah rentas sempadan.

“Operasi berterusan akan dilaksanakan oleh PPM di seluruh perairan dan pesisir pantai Malaysia sejajar dengan dasar kerajaan untuk membanteras pengaliran hasil negara secara haram,” katanya lagi.

Antara rokok-rokok yang dirampas ialah rokok keretek dan beberapa jenis rokok lain yang dipercayai diseludup dari Indonesia. – BERNAMA

Kategori