Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAU 2023: Sajak Wan...

KUALA LUMPUR – Tanpa dapat berselindung dengan kesedihan selepas bekas ‘bos besar’ UMNO...

Dr Zulkifli Perjelas Isu...

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari...

Tentera AS Ada Tujuan...

KUALA LUMPUR -  Amerika Syarikat (AS) mempunyai tujuan yang lebih besar apabila mengadakan...

Potongan Gaji Berjadual Galak Bayar Balik PTPTN

KUALA LUMPUR – Lima langkah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan, termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di Dewan Rakyat hari ini, berkata langkah lain ialah memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.

Beliau berkata langkah tersebut hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Selain itu, katanya pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019 manakala pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun depan.

Katanya baki hutang peminjam berusia 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan juga akan dihapus kira, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan melibatkan kos RM4.2 juta. – BERNAMA

Kategori