Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Berlakon Kena Real” –...

MAKIN lama makin terasa kehangatan filem Abang Long Fadhil 2 yang bakal menemui...

MH370: Laman Web Khas...

HULU TERENGGANU - Laman sesawang khas, www.mh370.gov.my, yang diwujudkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia...

Algeria Larang Wanita Pakai...

ALGIERS - Pihak berkuasa Algeria semalam melarang wanita daripada memakai penutup muka penuh...

Tiga Penunggang Motosikal Cedera...

TANJUNG MALIM : Tindakan sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan telah mengakibatkan kemalangan...

PPM Sandakan Patahkan Cubaan Seludup Komponen Kenderaan Curi Ke Filipina

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan menyeludup komponen kereta disyaki dicuri ke Filipina selepas menahan sebuah bot laju dinaiki tiga lelaki di kawasan perairan Sandakan dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata anggota PPM Sandakan menjalankan rondaan Op Pensura pada awal pagi telah tersempak dengan sebuah bot laju dalam keadaan yang mencurigakan sarat dengan muatan dan bergerak laju dengan haluan menuju ke arah Pulau Taganak di perairan Filipina.

Katanya bot ronda PPM bertindak mengejar bot laju tersebut yang cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota PPM.

Bot laju tersebut yang menggunakan dua enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda berjaya ditahan dan ​​​​​​​pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki warganegara Filipina berusia 30 dan 35 tahun termasuk seorang daripadanya merupakan juragan bot berkenaan, katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata ​​​​​​​pemeriksaan lanjut seterusnya dilakukan di dalam ruang bot laju berkenaan terdapat seorang penumpang lelaki berusia 36 tahun yang tiada memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.


Mohamad Pajeri berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai beberapa komponen kenderaan disyaki barang curi iaitu satu unit enjin Toyota Carina dan kotak gear kenderaan, dua unit bangku kereta dan tayar, satu unit radio kereta serta enam guni berisi komponen kereta.

Menurutnya nilai rampasan dianggarkan ​​​​​​​RM45,900 dan kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63, manakala barang berupa komponen kenderaan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sandakan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori