Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ular Buat ‘Pertunjukan’ Gemparkan...

SELALUNYA kita melihat ular membuat pertunjukan bersama tuannya, tetapi kali ini penduduk di...

7 Bulan Jadi Maknyah,...

GILA.... Seorang bapa kepada dua anak, yang sanggup menukar penampilan dengan menjadi perempuan...

Terlalu Awal Kait Kematian...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat...

FIFA Tarik Balik ‘Gantung’...

BUENOS AIRES - Argentina mendapat suntikan semangat untuk layak ke pusingan akhir Piala...

Presiden Pafa Akhirnya Umum Letak Jawatan

AKUR… Tidak sampai 24 jam dilihat bersemuka beri kata dua kepada penyokong di Ipoh, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim akhirnya letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong itu, keputusan berat tersebut dibuat kerana mahu memberikan tumpuan terhadap tugasnya sebagai exco kerajaan negeri dan karier politik dirinya.

“Namun saya tidak menafikan keputusan ini juga disebabkan desakan daripada ramai penyokong,” kata Hasnul Zulkarnain dalam sidang akhbar selepas pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pafa, di Ipoh hari ini.

Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Perak, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada pihak Pafa secara rasmi dalam tempoh terdekat.

Tindakan drastik Hasnul Zulkarnain ini turut catat sejarah sebagai presiden persatuan bola sepak paling singkat pegang jawatan selepas dipilih bagi sesi penggal 2018-2021 dalam Kongres Tahunan Pafa ke-60 pada 21 Julai lalu.


Beliau yang menggantikan Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, sebelum ini dilaporkan teruk dikritik netizen kerana bergambar biadab dengan hina letak Piala Malaysia yang dimenangi skuad The Bos Gaurus di celah kelangkangnya.

Malah penyokong Perak turut serah memorandum mengandungi lebih 3,000 tandatangan bagi desak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu campur tangan untuk arah Hasnul Zulkarnain segera melepaskan jawatannya itu.

Mereka nyata tidak puas hati dengan cara beliau merayakan kemenangan pasukan negeri itu apabila perarakan piala tersebut tanpa pemain pada akhir bulan lalu terima sambutan amat hambar rakyat Perak. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori