Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pengurus Besar PPK Rompin...

KUANTAN - Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin hari ini mengaku tidak...

Mahkamah: Fitnah Bayaran RM15...

KUALA LUMPUR ā€“ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Pengerusi...

Malaysia Bebas Untuk Tidak...

LONDON - Negara-negara Barat seringkali dilihat memaksa negara-negara lain-menerima apa yang dilakukan mereka,...

Kilang Sarung Tangan Musnah...

KLANG - Sebuah kilang membuat sarung tangan di Jalan Kapar, Klang, dekat sini...

PRK DUN Rantau: UMNO Calon Semula Mohamad

KEKAL… UMNO akan mencalonkan semula Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran dalam akaun sosial Twitter beliau, sekali gus ‘mematikan’ spekulasi kemungkinan ada calon lain akan diketengahkan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membatalkan kemenangan Mohamad dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 memang sudah dijangkakan.

“UMNO akan mencalonkan semula Mohamad Hassan.Ā Keputusan mahkamah sudah dijangkakan.Ā Jentera BN akan digerakkan sepenuhnya.Ā Biar pun banyak kekangan dan halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan.

“Demi maruah dan kesinambungan, mari UMNO dan BN perkasa kesatupaduan,” tegas beliau merujuk laporan Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi itu adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan PRK selepas kerusi DUN berkenaan dimenangi Mohamad tanpa bertanding pada 28 April lalu.


Mahkamah membuat keputusan dramatik berkenaan selepas calon PKR bagi kerusi DUN tersebut, Dr. S. Streram memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu bagi cabar keputusan SPR di kerusi itu dimenangi Mohamad secara percuma.

Sementara itu, Streram ketika ditemui wartawan di mahkamah dilaporkan berharap kekal jadi calon bagi kerusi DUN itu sekali lagi: “Saya harap akan terpilih sekali lagi dalam pilihan raya itu nanti.” – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori