Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Pemandu Cedera Lori Terhumban...

IPOH - Pemandu lori membawa muatan minuman nyaris maut apabila kenderaan yang dipandu...

‘Proton 2.0’, Kelibat Menteri...

KUALA LUMPUR - Cadangan meneruskan projek kereta nasional yang mendapat tentangan sesetengah pihak...

Bangsar ‘Diserang’, 21 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 lelaki dan empat wanita termasuk dua warga...

Khairy Beri Kata-Kata Semangat...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Datuk...

Produk Pembersih Punca Berat Badan Berlebihan Pada Kanak-Kanak

OTTAWA – Sikap terlalu mementingkan kebersihan dalam rumah boleh menyebabkan pertambahan berat dalam kalangan kanak-kanak susulan penggunaan produk pembersihan.

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Kanada menunjukkan pendedahan kepada produk pembasmi kuman dan pembersih pelbagai permukaan yang digunakan di rumah boleh menjadi kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan dengan mengubah mikrobiota usus mereka.

Kajian menganalisis flora usus 757 bayi berusia tiga hingga empat bulan dan berat ketika berusia satu dan tiga tahun, mencari pendedahan kepada produk pembersihan biasa.

Ia mendapati flora usus yang diubah pada bayi berusia tiga hingga empat bulan menunjukkan kadar rendah bakteria Haemophilus dan Clostridium tetapi tahap tinggi Lachnospiraceae.

Bagaimanapun, kaitan sama dengan cecair pencuci baju atau pembersih mesra alam tidak ditemui.


Dalam perkembangan berkaitan, bayi yang tinggal di rumah yang menggunakan pembersih mesra alam mempunyai mikrobiota berbeza dan kurang berkemungkinan memiliki berat badan berlebihan ketika membesar. — Agensi/BH ONLINE

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori