Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kemerdekaan Perlu Selari Dengan...

KUALA LUMPUR - Meskipun negara sudah mengharungi 63 tahun tempoh pascamerdeka, namun erti...

1MDB: Kerajaan Ambil Berat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan mengambil berat dan menghormati titah Majlis Raja-Raja berhubung...

10 Termasuk Pelajar Diberkas...

KUALA TERENGGANU - Sepuluh individu termasuk pelajar dan dua wanita diberkas bersama pelbagai...

Ali Hamsa Dipilih Semula...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih semula...

Projek Air Pancut Darul Hana Diaudit

KUCHING – Projek Air Pancut Darul Hana berhampiran Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini diaudit Jabatan Audit Negara berikutan kontroversi kos pembinaannya yang mencecah RM31 juta.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selaku agensi pelaksanaan projek itu memaklumkan mereka memberi kerjasama penuh dalam proses audit berkenaan bagi memperjelaskan isu berkenaan.

“Kerajaan Sarawak komited untuk memastikan akauntabiliti dan ketelusan dalam pelaksanaan projek ini. Ia projek rumit dan sudah melalui penilaian perunding profesional.

“DBKU ingin memberi jaminan bahawa ia mematuhi sepenuhnya prosedur kewangan dan peruntukan kewangan Kerajaan dan Peraturan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 1997,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

DBKU sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang mengalu-alukan Pejabat Ketua Audit Negara untuk mengkaji secara teliti projek itu.

Projek Air Pancut Darul Hana dipersoalkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong dari DAP pada Persidangan DUN Sarawak, baru-baru ini dan desak agar spesifikasinya didedahkan secara terperinci.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip kemudian menjelaskan bahawa projek itu sememangnya memerlukan kos yang besar.

Beliau menjelaskan projek bernilai RM31 juta itu sangat kompleks dan memerlukan kepakaran khusus kerana beroperasi menggunakan teknologi terkini dengan pontun selebar 100 meter berserta 372 ‘nozzle’ khas dengan keupayaan pancutan air ‘central spray’ setinggi 60 meter dan ‘cascade fountain’ 25 meter.

Ia juga dilengkapi ciri-ciri unik dengan dinding air setinggi sembilan meter dan 80 meter panjang sebagai latar belakang pancutan air.


Takungan air di bahagian dinding air direka bersama jubin khas, memberi sentuhan semula jadi terhadap projek ini.

“Ia dilengkapi dengan ‘water screen’ untuk tayangan audio visual. Projek ini juga membabitkan pembinaan ‘walkway waterfront’, bilik kawan berkomputer, ‘sub-station’ elektrik, sistem cahaya serta bunyi dan hiasan landskap.

“Tetapi, sangat mengejutkan apabila ADUN Pending mendakwa projek ini dapat disiapkan dengan kos hanya RM5 juta jika dilaksanakan secara tender terbuka,” katanya.

Antara contoh projek air pancut berirama yang mahal adalah Song of the Sea di Pantai Siloso, Sentosa di Singapura (RM91 juta) dibina pada 2017 dan Dubai Fountain (RM910 juta) dibina pada 2009.

“Ini kos pembinaan dan teknologi 10 tahun yang lalu, sekarang sudah tentu kosnya jauh lebih tinggi,” katanya.

Talib berkata, kos projek itu juga sudah dibentang dan melalui ‘Special Cost Committee’ yang dipengerusikan Setiausaha Kewangan Sarawak.

“Skop kontrak juga meliputi dua tahun kos penyelenggaraan dan lima tahun jaminan rekaan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori