Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Aduan Tentang Pemilikan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga kini tidak menerima sebarang aduan...

Pasangan Suami Isteri Kahwin...

India – Sepasang suami isteri yang berkahwin tanpa restu keluarga si isteri, telah...

Pasangan Panda Gergasi Cuba...

KUALA LUMPUR - Pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang gagal dalam...

Wanita Bunuh Suami, Ibu...

CHAOZOU – Seorang wanita dari Vietnam yang dibeli dengan harga RM16,000 untuk dikahwinkan...

Projek Solar: Bekas Menteri Di SPRM Beri Keterangan Lagi

PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri kabinet sekali lagi hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung projek ​​​​​​tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Menurut sumber SPRM, anggota parlimen di utara Semenanjung itu tiba pada kira-kira 9.15 pagi.

Bagaimanapun, pihak media yang menunggu sejak pukul 8.30 pagi gagal merakamkan kelibatnya kerana beliau datang menaiki sebuah kenderaan lain yang tidak dijangka pihak media.​​​​​​​

Semalam, bekas menteri itu memberi keterangan lebih lapan jam berhubung kes tersebut di ibu pejabat SPRM.​​​​​​​

Pada 15 November lepas, isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor, menerima rasuah berkaitan dengan projek tenaga solar berkenaan.​​​​​​​


Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.​​​​​​​

Rizal pula menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin. – BERNAMA​​​​​​​

Kategori