Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Caitlyn Jenner Nafi Gosip...

SELEBRITI transeksual, Caitlyn Jenner menafikan khabar angin yang bertebaran mengatakan konon dia bakal...

EXCO Perlu Kerja Sungguh-Sungguh...

ISKANDAR PUTERI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat...

Kerajaan Tambah Kamera AWAS...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah jumlah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS)...

KBS, Jakim Perlu Semak...

BARU-baru kecoh seketika dunia sukan apabila pakaian atlet gimrama negara, Farah Ann Abdul...

Proton Lancar Cawangan 4S Baharu Di Kaherah

LUAS… Proton sudah kembangkan lagi jangkauannya di Mesir dengan lancar cawangan 4S baharu (penjualan, perkhidmatan, alat ganti dan semburan cat) iaitu Alpha Ezz Elarab di ibu kota Kaherah.

Cawangan moden yang seluas 1.5 hektar serta terletak di kawasan Smart Village, Abbou Rawash, Giza itu dimiliki dan diuruskan oleh pengedar tunggal Proton di negara rantau Afrika Utara tersebut, Alpha Group Ezz Elarab.

Pemilik Alpha Group Ezz Elarab, Hisham Ezz Elarab, berkata pasukan beliau sedang berusaha untuk memantapkan semula jenama Proton dengan mengikuti perubahan dinamik yang berlaku kepada jenama berkenaan di Malaysia.

“Selain sebagai pengimport tunggal, Alpha Group Ezz Elarab juga bertuah merupakan syarikat pertama yang secara rasmi mengguna pakai identiti korporat Proton terbaharu di pasaran luar negara,” kata beliau kepada pihak media.

Alpha Group Ezz Elarab yang mula import Proton model panduan sebelah kiri bagi pasaran Mesir sejak tahun 2005, turut berhasrat menjadikan negara Arab tersebut sebagai hub kereta Malaysia berkenaan di rantau Timur Tengah.

Sementara itu, Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu Yuan, berkata Mesir berpotensi mainkan peranan lebih besar dalam bantu Proton capai sasaran penjualan pada masa depan dengan misi tingkatkan jumlah eksport.


“Pihak Proton dan pengimport Mesir kami perlu bekerjasama bagi memastikan segala keperluan pasaran dipatuhi dalam menangani isu produk serta harga yang bersesuaian untuk kelompok pembeli tempatan di sini,” katanya.

Pada September lalu, 246 buah kereta Proton model Saga dan Exora selamat tiba di Mesir. Pengedaran kereta itu dikendalikan oleh Alpha Group Ezz Elarab, dan dihantar ke tujuh cawangan sedia ada di pasaran negara tersebut.

Harga model Saga ialah 184,900 pound Mesir (RM43,370) manakala Exora pula 319,900 pound Mesir (RM75,035). Sebelum ini model Preve, Persona dan Gen2 amat laris di negara itu dengan harga 294,900 pound (RM69,171).

Xu Yuan berkata Alpha Group Ezz Elarab yakin dapat mencapai sasaran jualan 1,400 unit bagi tahun 2019 dengan ketibaan versi semakan model Saga dan Exora Plus pada pertengahan tahun tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori