Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengantin Tinggal Pelamin, Peluk...

GARA-GARA rakaman video menunjukkan dia memeluk bekas kekasih pada majlis perkahwinan sendiri menjadi...

Jangan Pandang Kecil Hasrat...

KUALA LUMPUR - "Hasrat dan kemampuan para pemimpin DAP berpolitik tidaklah sesekali boleh...

Lebih Bertenaga, Bijak Sejak...

LONDON - Jijik dan tidak masuk akal namun seorang pereka dalaman di Sheffield,...

Pihak Katerer Mohon Maaf...

SUSULAN kisah viral salah ejaan untuk salad yang dihidangkan dalam satu majlis makan...

PRU14: Dr Streram Akan Pinda Penyata Tuntutan

KUALA LUMPUR – Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr S.Streram akan meminda penyata tuntutan samannya terhadap Pegawai Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Amino Agos Suyub dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung salah laku ketika proses penamaan calon hingga menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang mewakili Dr Streram berkata berkata pihaknya akan membuat pindaan itu berdasarkan kepada keputusan petisyen pilihan raya yang akan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya di Seremban pada 22 Nov ini.

“Oleh itu mahkamah tetapkan 4 Jan 2019 untuk pengurusan kes ini dan pada masa sama pihak defendan perlu memfailkan pembelaan mereka,” katanya selepas sebutan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Darryl Goon Siew Chye di dalam kamarnya di sini hari ini.

Mahkamah juga menetapkan empat hari bermula 1,2,8 dan 9 Ogos 2019 untuk perbicaraan kes berkenaan.

Dr Streram, 63, seorang doktor bius dan anggota PKR memfailkan saman berkenaan pada 7 Mei lepas dengan menamakan Amino Agos dan SPR yang diwakili peguam K. Sathya sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Dr Streram mendakwa bahawa defendan gagal menunaikan tanggungjawab di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958, yang mengakibatkan dirinya tidak dapat bertanding di kerusi DUN Rantau selepas memperoleh watikah pelantikan daripada partinya dan susulan itu, Datuk Seri Mohamad Hassan dari Barisan Nasional memenangi kerusi DUN itu tanpa bertanding.


Dalam tuntutannya juga beliau berkata telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk pendaftaran pencalonannya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen pada 25 April.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak SPR tidak memaklumkan kepadanya bahawa pas SPR diperlukan untuk tujuan memasuki pusat penamaan calon.

Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi berparlimen dengan tidak membenarkannya menjadi calon. – BERNAMA

Kategori