Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Padah Rasis, Guru Besar...

Kementerian Pendidikan mengarahkan guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pai Chee di Mersing,...

Daesh Dakwa Bertanggungjawab Serang...

JAKARTA - Kumpulan yang menyokong Daesh atau juga disebut IS mengedarkan dakwaan menyatakan...

Pihak Berkuasa Rampas 336...

KUCHING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas 336 batang kayu balak,...

Kes DOJ Bukan Mengenai...

KUALA LUMPUR - Saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali...

PTPTN: Kerajaan Ambil Kira Keperluan Semasa

ALOR SETAR – Kerajaan mengambil kira keperluan semasa dan akan datang terlebih dahulu dalam memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara potongan gaji berjadual bagi peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata ini kerana berdasarkan penilaian dibuat ke atas perbadanan tabung pendidikan itu mendapati terdapat sesuatu tidak tertampung berbanding sebelum ini PTPTN dilihat masih mampu untuk memenuhi permintaan pinjaman.

“Kerana melihat ada sesuatu yang perlu dilakukan maka kerajaan merasakan perlunya peminjam yang pendapatan melebihi RM1,000 kena membayar pinjaman PTPTN mereka bermula dengan kadar dua peratus dahulu.

“Kadar dikenakan itu tidaklah banyak sangat tetapi yang penting bayaran balik pinjaman itu dapat dibuat yang mana boleh digunakan untuk memberikan pinjaman kepada orang lain pula,” katanya pada sidang media selepas perasmian Forum Pasca Bajet 2019 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dengan turut dihadiri Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.

Dalam pembentangan Bajet 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan kerajaan memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji secara berjadual dengan ia hanya diguna pakai bagi peminjam berpendapatan melebihi RM1,000.


Dalam pada itu, Amiruddin menegaskan keputusan kerajaan memberikan subsidi petrol bersasar bagi kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah serta motosikal 125cc dan ke bawah seperti dalam pembentangan bajet itu hanya mensasarkan golongan sasaran iaitu mereka yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah (B40).

“Kita belum keluarkan detail lagi tentang perkara ini, pelaksanaannya hanya akan dibuat pada suku kedua 2019. Bila kita kata subsidi bersasar, sudah pastinyalah golongan sasaran iaitu seperti mereka yang B40 ini. Kalau terkeluar dari golongan itu tentulah tak dapat subsidi bersasar ini. Kami sedang perincikan lagi,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

Kategori