Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ustaz Don Sangkal Dakwaan...

PENCERAMAH terkenal, Ustaz Don Daniyal mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu mengatakan konon...

Dr Vida Akan Bina...

PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali...

Pendakwaan Tutup Kes 4...

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan hari ini telah menutup kes peguam Tan Sri...

“Mujahid Letak Jawatan Kerana...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa...

Bum-Bum Sesuai Jadi Kawasan Selam Makro

SEMPORNA – Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) mendapati Pulau Bum-Bum berpotensi menjadi kawasan menyelam makro kerana memiliki makhluk marin seni yang unik.

Pengarah MOTAC Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata Semporna bukan hanya merupakan tempat persinggahan untuk ke Sipadan yang terkenal kerana memiliki hidupan laut lebih besar, tetapi daerah itu juga mempunyai Pulau Bum-Bum yang berpotensi tinggi untuk menjadi lokasi menyelam makro yang boleh membawa kepada penemuan baharu dalam bidang marin.

“Sebagai contoh, udang tengkorak boleh dikatakan terdapat di mana-mana, beribu-ribu jumlahnya di Pulau Bum Bum

“Ini boleh membantu memperkenalkan Semporna dan Sabah sebagai kawasan menyelam makro terkemuka di dunia, manakala dengan kewujudan begitu banyak biodiversiti marin di sini, spesies baharu mungkin akan ditemukan serta menarik minat lebih banyak penyelidik tempatan untuk membuat kajian tentang makhluk luar biasa ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dari 19 hingga 21 Nov, MOTAC Sabah, dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan program tiga hari berkaitan pemprofilan biodiversiti marin.

Program itu antara lain bertujuan menjalankan penyelidikan tentang hidupan marin yang terdapat di dasar laut Pulau Bum-Bum dan mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan pulau tersebut sebagai kawasan menyelam makro terkenal dan kawasan pelancongan saintifik di Malaysia. –BERNAMA

Kategori