Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Judi Sabung Ayam: Polis...

ALOR SETAR - Polis menahan 76 lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan judi...

BHB Jual Hotel Royal...

KUALA LUMPUR - Subsidiari Boustead Holdings Berhad (BHB), Boustead Hotels & Resorts Sdn....

Akta Antiberita Tidak Benar...

KUALA LUMPUR — Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan menjaga kepentingan awam serta...

Peringatan Syed Saddiq Buat...

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) perlu berfikir seperti kerajaan dan...

Pusat Pemindahan Di Kluang Dan Batu Pahat Ditutup

BATU PAHAT – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pada Isnin lepas akibat bencana banjir di negeri ini telah ditutup, setelah air banjir berkenaan surut sepenuhnya.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata dua PPS berkenaan yang dibuka ialah di Kampung Kolam Air Simpang Renggam, Kluang dan di Kampung Parit Jayus 4 Sri Medan, Batu Pahat.

Kedua-dua PPS itu menempatkan 116 mangsa daripada 25 keluarga, yang dipindahkan akibat hujan lebat selama kira-kira enam jam tanpa henti, di mana 41 mangsa ditempatkan di PPS di Kluang dan 75 di Batu Pahat.

“PPS di Kampung Kolam Air ditutup pada Rabu lepas pada pukul 9.30 malam dan PPS di Kampung Parit Jayus 4 Sri Medan ditutup pukul 12 tengah hari ini setelah didapati keadaan air telah surut.

“Walaupun kedua-dua pusat pemindahan telah ditutup, pemantauan secara berterusan masih lagi dijalankan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan agensi lain yang terlibat untuk bencana banjir ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori