PUTERA Harry dan isterinya, Meghan Markle tiada perancangan untuk meninggalkan Kensington Palace atau berpindah ke Apartmen 1A.
Sumber istana memaklumkan Duke and Duchess of Sussex itu gembira dengan kehidupan mereka di Oxfordshire dan menggunakan Nottingham Cottage di Kensington Palace sebagai kediaman mereka di London.
Tidak dinafikan Meghan dan Harry mahu berpindah ke rumah yang lebih besar sementara menunggu kehadiran cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada pertengahan tahun hadapan.
Buat masa ini mereka tinggal di Nottingham Cottage di Kensington Palace.
Rumah mereka mempunyai dua bilik sederhana, tempat tinggal Putera Harry semasa masih bujang.
Pada mulanya, Meghan dan Harry akan tinggal di kediaman di apartmen bersebelahan dengan kediaman Putera William dan isterinya, Kate Middleton.
Apartmen 1 yang mempunyai 21 bilik tidur di Kensington Palace diduduki sepupu Ratu Elizabeth, Duke of Gloucester dan isterinya, Birgitte van Deurs.
Menurut laporan, Duke of Gloucester dan isterinya tetap mahu tinggal di apartmen tersebut.
Namun menurut The Daily Mail, Putera Harry dan Meghan mungkin meninggalkan Kensington Palace kerana tidak mahu duduk berdekatan dengan Kate dan Putera William.
Kesahihan mengenai khabar angin itu masih lagi menimbulkan tanda tanya sehingga hari ini. – harpersbazaar.com/mStar Online