Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

Gagal Lamar Kekasih Lepas...

MENGGUNAKAN cara yang unik untuk melamar kekasih hari merupakan perkara yang menarik, dengan...

2 Warga Emas Antara...

PARIT BUNTAR - Dua warga emas berusia 68 dan 72 tahun antara 14...

3 Maut, 1 Cedera...

TORONTO - Tiga orang terbunuh dalam pembunuhan yang mungkin membabitkan penggunaan busur silang,...

800 Anggota Polis Bantu...

KOTA BHARU - Lapan ratus anggota polis telah dikerahkan dalam usaha membantu semua...

Rafizi Jadi MB N.Sembilan Spekulasi Nakal

SEREMBAN – Spekulasi kononnya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai calon sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diadakan dan sekaligus diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, disifatkan sebagai spekulasi nakal.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Aminuddin Harun berkata sehingga hari ini mahkamah belum membuat keputusan terhadap petisyen pembatalan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Rantau itu.

“Keputusan mahkamah pun belum keluar lagi sudah ada spekulasi dan saya rasa rasa ini spekualsi nakal… bukan saya sayang jawatan, saya akan beri kalau itu kehendak pimpinan pusat.

“Tetapi saya kalau Rafizi diletakkan sebagai Menteri Besar adalah suatu perkara yang amat nakal daripada orang yang buat spekulasi ini kerana pada saya peranan dia lebih besar dari itu bukan sebagai pemimpin negeri. Ini (spekulasi) orang-orang nakal yang cukup tidak puas hati, pemilihan parti pun belum habis,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pengerusi PKR negeri berkata, keputusan siapa yang akan menjadi calon hanya akan diputuskan pucuk pimpinan dan beliau hanya sekadar dapat memberi nama calon yang dirasakan sesuai.

“Siapa calon saya serah pada pucuk pimpinan, kita diperingkat negeri biasanya menamakan beberapa nama dan serahkan kepada pucuk pimpinan, calon tempatan atau tidak bukan saya putuskan… saya yakin pimpinan tahu siapa harus jadi calon yang akan beri satu tentangan hebat kerana ini kawasan kubu kuat UMNO. Tetapi untuk calon tempatan setakat ini ada dua tiga nama dalam fikiran saya,” katanya.


Ditanya sekiranya PRK Rantau diadakan dan bagaimana persediaan Pakatan Harapan (PH) menghadapinya memandangkan UMNO telah melancarkan jentera pilihan raya mereka, Aminuddin berkata diperingkat akar umbi sebenarnya telah mengatur strategi.

“Sebenarnya saya ucap ribuan terima kasih diperingkat bawah sebab mereka sudah atur strategi dan telah memaklumkan kepada saya untuk mereka terus sediakan jentera pilihan raya dan saya rasa kita juga telah bersedia sekiranya mahkamah putuskan PRK Rantau diadakan.

Calon PKR DUN Rantau Dr S. Streram pada Pilihan Raya Umum Ke-14, memfailkan petisyen pada 23 Mei lepas bagi menuntut perintah supaya PRK diadakan setelah mendakwa pemilihan Mohamad selaku pemenang kerusi DUN itu adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau menamakan Mohamad sebagai responden pertama; Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Rembau Amino Agus reponden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga. –BERNAMA

Kategori