Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kelantan Umum 13 Disember...

KOTA BHARU - Kelantan mengumumkan 13 Disember sebagai hari kelepasan am sempena pengisytiharan...

‘Raya’ Semakin Dekat Kata...

BERA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, memberi bayangan...

Penguatkuasaan Menyeluruh Elak Kematian...

KUALA TERENGGANU : Jabatan Perikanan Negeri Terengganu digesa memperhebat penguatkuasaan bagi mengekang penggunaan...

Telefon Hitler Dijual RM1...

TELEFON yang menjadi rebutan ramai kerana dikatakan digunakan oleh Adolf Hitler dan dijual...

Rakyat Tidak Beri Mandat Hapus Hak Bumiputera

TEGAS… DAP diingatkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu bukan bererti rakyat bersetuju dengan ideologi kesamarataan diperjuangkan wakil rakyat parti itu.

Malah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa mengubah citra dan karakter Malaysia adalah cita-cita serta aspirasi politik yang sangat berbahaya dalam sebuah negara berbilang kaum.

“Kemenangan dalam pilihan raya lepas adalah mandat untuk rakyat menukar kerajaan lama berdasarkan tawaran terkandung dalam manifesto PH tetapi penghapusan keistimewaan Bumiputera bukan salah satu daripadanya.

“Hanya kerana kerajaan bertukar tangan, jangan sesekali DAP beranggapan bahawa ini adalah persetujuan rakyat Malaysia untuk perkenal dasar kesamarataan mengikut kefahaman DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau ulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui dan Tanah Rata, Chiong Yoke Kong mahu DAP sokong ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Mohamad, pendirian dua ADUN parti itu membuktikan bahawa DAP tidak pernah meninggalkan misi untuk menjayakan ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan tetap konsisten untuk mengubah karakter asal negara ini.


“Pendirian mereka jelas menunjukkan pemikiran politik sangat tidak sensitif terhadap sifat sebenar Malaysia dan kemajmukannya. Ia adalah seruan tidak disokong oleh satu pertimbangan komprehensif, mendalam dan objektif.

“Bahkan, ia boleh dianggap sebagai usaha radikal DAP yang mahu menyentuh dan mempersoalkan perkara-perkara asas yang sudah pun lama menjadi pasak kepada pembentukan amalan bernegara di Malaysia,” ujar beliau lagi.

Mohamad meminta sebarang cubaan meratifikasikan ICERD dihentikan dan kerajaan PH perlu tunjuk ketegasan dengan buat kenyataan muktamad dalam isu ini supaya ia tidak dijadikan polemik politik merugikan semua pihak.

Setakat ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kononnya perkara ini belum lagi dimuktamad jemaah Kabinet dan perlu ada perbincangan dengan banyak pihak sebelum dipersetujui. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori