Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Engku Emran, Bella Selamat...

SAMA cantik sama padan, bagai merpati dua sejoli... Tahniah diucapkan kepada Laudya Cynthia...

Bekalan Makanan Cukup Sepanjang...

SERDANG - Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan termasuk hasil pertanian adalah mencukupi untuk...

UMNO WP Tingkat Program...

LABUAN - Program kesejahteraan rakyat berimpak tinggi menjadi nadi pendekatan UMNO Wilayah Persekutuan...

Kelab Bola Sepak Bukan...

KUALA LUMPUR - "Kelab bola sepak bukan sebuah penjara. Itulah sebab ia dipanggil...

Ramai Veteran UMNO Bakal Ke BERSATU

KUALA LUMPUR – Lebih ramai veteran UMNO didakwa akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam tempoh terdekat.

Perkara itu didedahkan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim yang mengakui ramai ahli dari Johor, Kelantan dan Kedah menzahirkan keinginan untuk menyertai parti berkenaan.

ā€œMemang ramai tetapi kita tidak wajar menyebut nama kerana mereka memilih jadual sendiri dan akan muncul membuat (pengumuman) olahan serta pendekatan tersendiri.

ā€œSeperti Tan Sri Rafidah Aziz, beliau seorang veteran yang mempunyai peningkatan perjuangan tersendiri jadi beliau ingin memilih waktu dan tempoh beliau sendiri,ā€ katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Gemilang Pameran Koleksi Lukisan Wajah dan Budaya Etnik Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan beberapa pemimpin veteran UMNO seperti Rafidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar ke BERSATU baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata, bukan saja veteran malah golongan muda UMNO turut menyatakan keinginan untuk menyertai parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.


ā€œBagaimanapun, seperti yang selalu disebut Dr Mahathir, kemasukan itu mestilah dengan rela hati, dengan tujuan murni, bukan untuk mendapatkan apa-apa pangkat atau kedudukan.

ā€œIni penting difahami kerana penyertaan ke BERSATU adalah untuk membantu perjuangan parti supaya nilai serta produktivitinya meningkat menerusi konsep perjuangan baharu,ā€ katanya.

Beliau berkata, mereka yang menyertai BERSATU harus menyuntikkan sumbangan khidmat pemikiran dan olahan baru.

ā€œAda banyak nilai dan amalan lama yang meruntuhkan kita selama ini seperti rasuah, tidak pedulikan Perlembagaan, tidak produktif dan sistem ā€˜warlordā€™ yang tidak boleh diikutkan lagi,ā€ katanya. – BH Online

Kategori